Social Icons

Pages

Saturday 18 July 2015

Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa

Assalamualaikum semua..

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa..
Tiba syawal kita rayakan dgn rasa gembira..^_^  tanggal satu syawal tahun ini jatuh pada 17hb Julai 2015
 
Alhamdulilah syukur kpd Allah s.w.t..selesai sudah kita mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini dgn jayanya..mudah2an Allah memberi kesempatan kita bertemu Ramadhan tahun seterusnya.

Baiklah..memandangkan kita baru melangkah ke bulan Syawal & mood Ramadhan masih ada lagi, apa kita kite cuba jenguk2 tarikh yg kita digalakkan @ disunatkan berpuasa sepanjang tahun mengikut kalendar Islam.

Mgkn sebelum ini kita tak berapa alert pasal tarikh puasa nie..bile dah dekat dan ramai post kt fb @ media sosial..baru ler tahu..oo rupanya tarikh ini hari kebesaran Islam & disunatkan berpuasa..oo nasib baik ada org share..*_*

Ok, mari kita lihat same2  tarikh2 tersebut..mungkin boleh dibuat reminder dalam phone @ dicatatkan dlm diari..

Mudah2an..^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)

          ~ Seperti puasa selama setahun

2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.

3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah

          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya

4.       Puasa pada bulan Muharram

          ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari

5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram

6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram

          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu

          ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari    

             selepas.

          ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)

7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.

8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban

          ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan

9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15

11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

          ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut                            

             dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka

          ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya               

             hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada       

             segala dosa


Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)

Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates