Social Icons

Pages

Wednesday, 8 July 2015

Job Di Rumah (JDR) - sumber & panduan kerja alternatif

Assalamualaikum & slm sejahtera,

Hi, ape kabo kawan2..harap semua sihat hendaknya..^_^

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca diruangan yg tidak seberapa ini.

Baiklah, hari ini ingin review tentang satu website yg bermanfaat disamping boleh memberikan income kepada anda. Dan pastinya ia lebih fleksibel kerana ia boleh dilakukan secara part time @ full time.

Jika anda ingin tahu, website tersebut adalah..(jeng3x)..sila klik link di bawah:



Ok, apa kelebihan utk anda yang telah masuk dan mendaftar di website Job Di Rumah (JDR).

Jawapan yg dikatakan logik & benar..anda telah membuka satu lagi peluang rezeki dalam hidup anda, dan disamping itu anda juga telah menambah pengetahuan anda dalam bidang IT & online. Ini kerna semua proses adalah thru online --> request job, hire job, submit job, payment & dll semua online

Apabila telah masuk & mendaftar, anda perlu membaca apa isi kandungan website tersebut dari awal sampai ke hujungnya..barulah faham apa tindakan selanjutnya yg anda perlu buat.
Utk buku panduan & full access website..*_* mungkin ada sedikit modal perlu dikeluarkan tetapi one-off shj (hanya sekali modal dikeluarkan) 


Jika anda serius dan betul2 ingin membuka lembaran baru dlm hidup anda..modal tersebut sgt kecil & the value is nothing..^_^
Malah jika anda ke pasaraya, mungkin hanya dpt membeli satu jenis shampo rambut & gel rambut yg akan habis dlm tempoh 1 bulan lagi. Tp dgn one-off payment ini, insyaAllah anda telah membuka peluang di mana anda boleh membeli shampoo & minyak rambut anda untuk bulan2 yg mendatang.
  
Ok, that's it utk pengenalan.

Kalau anda berminat dan ingin membuat sesuatu yg baru, website Job Di Rumah (JDR) ini merupakan satu platform yg anda perlu singgah dan gunakan segala manfaat yg  ada di dalamnya. Di dalam ini ada segala jenis job dari yg mudah mcm typing, data entry, translation...hingga ke job yg lebih berat & rumit spt programming, research, design dll. 


Dan pokok pangkalnya..tepuk dada tanya selera. Jika anda ada kemahiran tertentu, berminat dan ingin mencuba sesuatu yg baru dan mengujakan..pls try it anywhere..^_^ as long ada line data & intenet, dan hardware utk online etc laptop, pc & mobile.

Ok, rasanya itu shj perkongsian buat masa ini. InsyaAllah jumpa lagi dalam entri selanjutnya.

Wassalam.. 

Tuesday, 7 July 2015

Cara Menjana Income Melalui Blog - Program Affiliate - Kitab SEO Merah jambu

Assalamualaikum..w.b.t

Hi, ape kabo sahabat2..terima kasih kerana sudi dtg dan singgah di ruangan yg tidak seberapa ini.

Iya, baiklah..kali ini ingin membincangkan tentang salah satu cara bagaimana kita boleh menjana pendapatan melalui alam maya --> lebih tepat lagi melalui blog @ media sosial yg kita ada (facebok, twitter, instagram dll).

Antara kaedah yg kita boleh cuba adalah program AFFILIATE

Mungkin agak asing pada mulanya, tp secara ringkasnya affiliate itu bermaksud lebih kurang begini..

Kita bantu promosi sesuatu produk dlm blog atau media sosial kita, apabila produk itu terjual maka kita akan dpt komisen..=)

Ok, ambil cth satu   kita mendaftar dalam satu program affiliate ini (www.ashadee.com) --> daftar free jer

Then, lepas register die akan bagi kita link utk promote produk yg ingin dijual (setiap org ada link tersendiri & unik) dan apabila customer masuk dan membeli melalui link tersebut kita akan dpt komisen.

Ok, utk lebih faham..apa kata korang cuba dptkn e-book Kitab SEO Merah Jambu dgn menekan link di bawah ini.




E-book ini ditulis oleh seorang otai affiliate di Malaysia yg bernama Ahmad Faizal, dan di sini beliau akan berkongsi dgn kita tips2 dan teknik yg beliau telah gunakan selama beliau berblog dan telah menjana income puluhan ribu ringgit..!! dari program AFFILIATE

Harganya, kalo bagi e-book nmpk mcm mahal iaitu RM120, namun bagi saya contentnya sgt bagus dan insyaAllah boleh membuka minda dan jalan bagi mereka yg berminat utk pergi lebih jauh dlm bidang blog dan affiliate ini.

Sahabat2, sebenarnya jika igin menempuh dan mendapat pengalaman tersebut sendiri..kita perlu melalui tempoh yg panjang &sukar (lebih 10 tahun), dan pastinya byk perkara perlu dikorbankan spt keringat, masa dan wang ringgit utk mendapat tahap spt beliau.

Namun berita baiknya, dgn membeli e-book Kitab SEO Merah Jambu yg berharga rm120 ini, beliau sudi berkongsi segala pengalaman, tips & teknik yg telah beliau gunakan selama ini..malahan dlm e-book tersebut beliau memberi keizinan utk copy paste ayat2 tak terkalah dlm blog beliau..dan ayat2 yg telah menarik ribuan pengunjung & pembeli selama ini.

Ok, sekian sahaj buat kali ini.

InsyaAllah setiap tindakan yg berlandaskan ilmu akan lebih mudah menghadapai cabaran dan dugaan yg mendatang..=)

Wassalam

Friday, 19 June 2015

Penting kena ada ilmu! - Blog

Assalamualaikum,

Hye..saje je nak mengarut pagi2 hari, 3 Ramadhan 1436H ini.

Anyway, salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua shabat yg muslim & beragama Islam. Moga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah s.w.t , insyaAllah..

Mybe just nak share pengalaman saya yg masih hijau & naif dalam dunia blog ini.

Baiklah, saya dah mula & cuba2 buat blog pada 22hb Julai 2013, dgn blog yg bernama It's all about Hamba-Nya. Dan tujuan buat blog ketika itu just suka2 shj, tiada niat tersirat & tersurat.

Blog kedua saya lahir pada Jan 2015..bernama Impi & Harap
Yg kedua ini lahir bersama sedikit impian dan harapan..dats y dinamakan impi & harap..^_^

Dan bila dan berada dalam dunia blog ini (walaupun bukan blogger yg aktif dan sentiasa update), barulah tahu sikit2 pasal medium pengiklanan yg ada cth nuffnang, google ad-sense, affiliate junction dll. Tp yg saya letak kt blog saya nuffnang shj tanpa ada niat nak pulangan apa2 (nampak blog lebih educated ada iklan tepek kt tepi2 tu kan)..dan memang perkara itu benar, dari tahun Julai 2013 hingga s Jun 2015, jumlah kutipan nuffnang saya masih dibawah RM50..hahahaha2!

 Mungkin puncanya sebab..spt dibawah.."no traffic no money" ..^_^



Erm..as a blogger @ sesetengah blogger mungkin perkara itu sgt worse..esp kalau dah buat blog 2-3 tahun..he2. Namun, saya kekal positif sebab sblm ini tiada kesedaran berkaitan taffic,income dll dgn blog ini.

Dan,  ntah mcm mane..dalam 2-3 minggu lepas tetiba terbeli satu e-book berkaitan blog secara online. Dan alhamdulilah, sedikit sebanyak terbuka sikit minda ini apa sebenarnya kelebihan blog ini, dan apa yg blog boleh offer jika digunakan dgn betul dan efektif.

Melalui panduan dari e-book tersebut, rupanya kt blog ini macam2 boleh dibuat spt medium pengiklanan, affiliate, advertorial dll yg boleh membantu menjana income. Cuma nak bermula & bagaimana caranya itu perlukan sedikit ilmu, mentor dan tunjuk ajar dari insan yg dah berjaya..dan yg paling penting -->> diri kita sendiri!!

Kerana semua perkara itu hanya akan terlaksana jika kita mulakan "first step"..so paksa diri kita untuk bermula dan paksa diri untuk mencapai tahap seterusnya. (itu pesan Dr Azizan Osman).

InsyaAllah, pasang impian & target..harap2 dlm beberapa bulan akan datang ada perubahan dari segi statistik dan perkembangan yg positif..^_^

Oklah, rasanya itu shj perkongsian buat kali ini. Semoga apa yg kita buat sentiasa di dalam redha & rahmat Allah s.w.t.

Sekian, wassalam..

Thursday, 18 June 2015

Madrasah Ramadhan - Jom Beramal..^_^

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, bulan Ramadhan tiba lagi dan bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang dan ruang untuk menikmati bulan yang penuh indah dan barakah ini.

Baiklah, tajuk ini dipilih kerana ingin refresh tentang hikmah dan kenapa bulan Ramadhan dipanggil madrasah @ dalam bahasa mudahnya 'sekolah'..iaitu tempat kita belajar dan menuntut ilmu @ bulan mendidik diri dengan sifat-sifat yg baik & mulia.


Ok, antara point yang kita perlu faham mengapa Ramadhan adalah madrasah @ tempat kita mendidik dan mempersiapkan hati untuk bulan-bulan seterusnya selepas Ramadhan:

1. Amalan bersahur ---> bangun untuk solat Subuh

Iya, amalan bersahur sangat dituntut bagi orang yang berpuasa kerana di dalam bersahur itu penuh dengan keberkatan. Jika kita melihat waktu sahur itu sendiri, waktu imsak kebiasaannya 10 minit sblm masuk waktu Subuh. Jika kita boleh bangun untuk bersahur setiap hari di dalam bulan Ramadhan, ini bermakna kita juga mampu bangun pada waktu yang sama untuk bulan-bulan seterusnya untuk menunaikan ibadah solat Subuh tepat pada waktunya. Ini adalah antara madrasah Ramadhan yang perlu kita hayati dan fahami.

2. Amalan membaca Al-Quran --> bertadarus dan khatam Al-Quran

Sudah menjadi kebiasaan pada bulan Ramadhan, ramai yang ingin mengejar kelebihan membaca Al-Quran pada bulan ini dengan bertadarus dan khatam Al-Quran. Jika pada bulan ini, kita mampu untuk membaca setiap hari dan khatam sekurangnya sekali, maka ini juga bermakna amalan ini boleh di bawa untuk bulan-bulan yang seterusnya dengan sekurang-kurangnya membaca 1 helai @ 1 mukasurat sehari.


3. Amalan Bersedekah ---> sunnah Rasulullah s.a.w

Menurut riwayat dan hadis-hadis Sahih, Rasulullah s.a.w itu seorang yang pemurah, pada bulan Ramadhan baginda menjadi seorang yang sangat pemurah. Ia, mungkin akhlak dan ibadah kita tidak sehebat baginda Rasulullah s.a.w, namun sekurang-kurangnya kita cuba mencontohi dan mengikuti sunnah baginda dalam kehidupan kita. Jadi gunakan peluang dan rezeki yang ada untuk bersedekah dan kongsikan bersama mereka yang lebih memerlukan.

4. Qiam di waktu malam ---> Lailatul Qadar

MasyaAllah..di dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dan pahala ibadah pada malam ini bersamaan dengan 1000 bulan. Iya, itulah malam Lailatul Qadar.
Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memperhebatkan ibadah dan bangun malam (qiammullail) pada 10 malam yang terakhir.  Semoga apa yang dihajati oleh setiap umat Islam ini akan dapat kita merasainya untuk Ramadhan kali ni.

5. Mengawal hawa nafsu --->  syaitan dibelenggu sepanjang Ramadhan

Menurut hadis sahih, apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan akan dibelenggu. Jadi ini bermakna sepanjang bulan Ramadhan, tiada syaitan yang akan menghasut kita untuk melakukan kejahatan. Apa yang tinggal adalah hawa nafsu di dalam diri manusia itu sendiri. Maka sepanjang bulan Ramadhan ini, adalah masa terbaik untuk kita belajar mengawal hawa nafsu supaya tidak menguasai diri kita. Antara sifat hawa nafsu yang boleh cuba dikawal spt sifat amarah, boros ketika membeli juadah berbuka, berkata perkara yang sia-sia dll.


Itu adalah antara Madrasah Ramadhan yang boleh kita amalkan dan amalan tersebut boleh di bawa untuk bulan-bulan seterusnya selepas Ramadhan. Banyak lagi perkara boleh dibincangkan namun perkara di atas adalah sebagai contoh.

Ok, sekian sahaja perkongsian buat masa ini. Semoga berjumpa dalam entri seterusnya.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Sambil2 itu rajin2 ler klik iklan nuffnang kt blog saya ini ye..kan amalan sedekah itu dituntut dlm bulan Ramadhan..^_^

Wassalam..

Mendaftar dan Memasang Meter TNB dan Meter Air

Assalamualaikum dan slm sejahtera,

Ok, rasanya disini ingin berkongsi dgn sahabat2 tentang tatacara dan prosedur bagi pemasangan meter elekrik dan air rumah dibeli dari pemaju atau atas tangan orang lain.

Sebelum ini ada konfius juga pasal perkara ini, so cari kt google n forum yg berkaitan.
Erm, rasanya tak susah nak settlekan perkara just bergantung kepada kita. Kalau cepat kita proses cepatlah settle. Kalau slow n steady, resultnya pun sama..=)

1. Meter Elektrik

Utk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada 2 kategori:

Kes 1: Membeli rumah dari pemaju;

Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara bundle kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dgn TNB terdekat dan minta borang apply meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen spt dibawah:

sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon utk dihubungi (belakang) - 1 copy
deposit pemasangan meter - RM240 (Melaka)
setem hasil - RM10

Kes2: Membeli rumah dari orang lain;

i. Jika kita memohon dlm tempoh 6 bulan atau kurang dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor berlesen. Boleh terus pergi ke TNB dan prepare dokumen spt di atas.

ii. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter lebih dari 6 bulan, kita perlu lantik kontraktor berlesen utk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor berlesen , kita just bayar dan beri dokumen yg diperlukan:

sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon utk dihubungi (belakang) - 1 copy
deposit pemasangan meter - RM240 (Melaka)
setem hasil - RM10
Kontraktor - RM120


* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat utk dptkan contact kontraktor berlesen yg berhampiran.
* Pemasangan meter dlm tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.

2. Meter Air

Utk meter air rasanya lagi mudah. Just pergi terus ke syarikat air negeri yg berhampiran dan dia akan bagi borang utk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah:

sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon - 1 copy
deposit meter- RM100 + pemasangan RM10
setem hasil - RM10

* Pemasangan meter dlm tempoh 3-7 hari bekerja

Ok, rasanya sampai itu aje nak dikongsikan. Mungkin sahabat lain yg ada pengalaman dan cerita tersendiri semasa membuat pemasangan dirumah masing2. Boleh dikongsikan pada bghn comment utk manfaat kita bersama-sama.

PS: Jika rasa bermanfaat, jemput2 ler klik kt iklan nuffnang saya ye..^_^ sambil menyelam sambil minum air..jgn mare bulan2 pose nie..

Insyallah, wassalam..

Merokok difatwakan haram? Jom berhenti merokok!

Assalamualaikum..

Haa..pastinya perkara ini kurang enak didengari oleh kaum adam...dan rasanya kaum hawa pun ada juga yg terlibat.

Namun, apakan daya..itulah kenyataan dan sgt pahit utk ditelan..

Dan sebagai sesama muslim, antara tugas kita adalah utk saling mengingati antara satu sama lain.

"Berpesan-pesan di dalam kebenaran dan kesabaran"
Surah Al-Asr (ayat3)

Mengapa saya memilih tajuk di atas..?!

Rasanya sebab kita mengambil mudah hukum tersebut. Tujuannya bukan utk menuding ke mana-mana tp kita cuba mewujudkan kesedaran yg tinggi dlm diri n bersama-bersama berusaha mengatasinya.

Insyallah.

Erm..perkara ini sudah lama sebenarnya dibincang dan diulas.
Tapi biasalah..bukan mudah utk melepaskan sesuatu yg sudah menjadi pendamping siang dan malam bg sesetengah kita.

Oklah, jika diikutkan di Malaysia sebenarnya perkara tersebut telah difatwakan pada 23 Mac 1995.


Nampaknya dan lama perkara ini dibangkitkan. Mungkin penguatkuasaan aje belum dijalankan secara menyeluruh. Bukan di Malaysia sahaja, kebanyakan negara islam spt Mekah, Madinah, Arab Saudi juga jumhur ulama' telah memberikan fatwa yg sama.

1. Kemudaratan

Oklah, kita pergi kepada point yg pertama. Rasanya kita semua dah tahu akan kemudaratan dalam rokok dan akibat tabiat merokok itu sendiri. Didalam rokok itu telah disahkan mengandungi hampir 4000 jenis bahan kimia yg beracun. Jadi, sebenarnya kita sedang meracuni diri dan orang tersayang sekeliling kita hampir setiap hari melalui asap yg dihisap sendiri oleh perokok (aktif) dan juga asap dari pembakaran rokok dan yg dihembus ke udara (pasif). Dan yg pasif ini lagi bahaya kerana 70% asap akan dihidu oleh mereka, hanya 30% yg dihisap oleh perokok. Bahaya tue..sempat ke nk tgk cucu-cucu kita nanti..allahualam.

Ulama' apabila mengeluarkan fatwa akan merujuk kepada pakar yg di dalam bidangnya. Bg kes rokok ini, doktor dan pakar kesihatan telah sepakat akan penyakit dan mudharat  yg di boleh didapati kesan tabiat merokok ini.

Jadi renung-renungkanlah bersama.

2. Pembaziran

Erm..dan point kedua ini juga bersangkut paut dgn yg pertama. Apa kata kita pergi kedai hardware pastu beli racun serangga dan balik rumah..gulp..gulp..gulp! burppp..alhamdulilah.

Kes naya tue..beli sesuatu utk meracuni diri sendiri.

Lagi satu, jika sahabat ada membuat monthly financial planning..pasti akan jumpa perkara ini.
Every month jika kita anggap..

1 kotak (RM10) utk 2 hari;
1 bulan (30 hari) = 2 x 15 x 10 = RM150 permonth
Setahun = plus minus RM2k..

Jadi dalam 5 tahun, dah boleh saving dlm 10k..huhuhu..bole caya ke saving atau belanja kt tempat lain.
Itu terpulang kpd masing-masing, tapi utk long term sebenarnya dah byk kita bazirkan utk perkara tersebut.
Nauzubillah..peringatan utk diri sendiri sekali lagi.

3. Surah Al-Baqarah ayat 195

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t ada berfirman iaitu "jgnlah kita sengaja mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan".

Walaupun kita bukanlah mahir atau ahli dlm tafsir al-quran..mungkin sahabat-sahabat disana jauh lebih hebat.
Tetapi melalui beberapa rujukan, maksudnya jelas iaitu jgnlah kita membuat sesuatu yg sengaja merosakkan diri sendiri.

Jadi, sendiri mau ingat sebab perkara tersebut ada disebut didalam al-quran (kalamullah)..

4. Menjaga Zuriat

Utk lebih faham, boleh tonton video dari Ust Don Daniyal:

https://www.youtube.com/watch?v=9Jyygfa6lPI

Harap boleh hayati..memang gerun juga bila mendengarnya..sebab menjaga nasab dan keturunan itu ketuntutan dlm Islam. Moga diberikan kekuatan dan petunjuk kepada kita.

5. Bau - Menggangu Orang Lain

Diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah. Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa yg makan bawang putih atau merah, seharusnya menjauhi masjid".

Erm..apa hikmah disebalik sabda Rasulullah s.a.w tersebut.

Rasulullah tidak melarang utk makan bawang, tetapi keywordnya adalah bau bawang itu akan menggangu jamaah yg lain ketika bersolat.

Jika konteks bau yg menggangu ini kita bawa ke dalam dunia sebenar..bau rokok itu pasti lagi hebat dari bau bawang. Dan perokok ini ada dimana-mana iaitu di restoran, cafe, tempat tunggu bas dll..jadi jika bau tersebut menggangu orang-orang disekeliling kita..maknanya? Cuba kita relatekan dengan hikmah sabda Rasululah tadi..

Ok, rasanya itu sahaja perkongsian buat kali ini. Pastinya ada banyak sebab lagi mengapa rokok itu difatwakan haram. Salah satunya ia adalah senjata halus Yahudi utk merosakkan kita umat Islam.

Bagi yg dah terjebak itu, pasangkan niat utk berhenti..dan kita mulakan utk berusaha bersungguh-sungguh.
Yg penting kesedaran di dalam diri itu sudah ada kita cuba semaikan pada org lain.

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya spt dia mengasihi dirinya.
Spt mana kita ingin yg terbaik utk diri kita..itulah harapnya utk sahabat-sahabat yg lain juga.

Sekian, wassalam..

Saturday, 18 April 2015

Hebatnya Sedekah

Assalamualaikum..

Alhamdulilah diberi peluang dan ruang utk berkongsi dlm entri kali ini.

Baiklah, tajuk yg ingin dikupas dlm entri kali ini adakah kehebatan bersedekah dalam perspektif hidup kita.


Iya, ramai yg dah tahu @ pernah terbaca tntg fadhilat bersedekah ini tapi berapa antara kita yg benar2 faham tntg kehebatan bersedekah dan kesannya dlm perspektif hidup kita.

Jika sblm ini, saya pun tak benar2 faham apa mksud dan kesan sedekah ini. Alhamdulilah, Allah telah memberi sedikit ilmu dan hidayah-Nya berkaitan sedekah ini.


Baiklah, mostly antara kita (termasuk saya) kdg2 berfikir 2-3 kali utk bersedekah..especially dlm tabung2 masjid @ mane2 pihak yg memerlukan. Kalo bagi pun myb yg kaler biru @ hijau shj. Merah pun kdg2 shj ikut keadaan..=)

Mindset kita selama ini
" kalau sedekah @ bagi sbhgn duit (rezeki) kita kt org lain, maka duit (rezeki) kita semakin berkurangan"

Namun, setelah memahami fadhilat dan kesan sedekah itu sendiri..ternyata kita perlu menukar perspektif mindset dan kehidupan kita.

Baiklah, yg pertama sekali apabila kita bersedekah manfaatnya sebenarnya adalah untuk dri kita sendiri..ingat tu, utk org yg memberi..!!

Dan pasti juga memberi manfaatnya utk org yg menerima.

Ini selari dgn ayat di dalam Al-quran

"Jika kamu berbuat baik, sebenarnya kamu sedang berbuat baik terhadap diri kamu sendiri dan jika kami berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri juga"

(Surah Al-Isra; ayat 7)

Sedekah itu sebenarnya adalah 'pelaburan'..bukan kerugian..
Kerana di dalam Al-quran Allah dah menjanjikan kebaikan so pastinya janji Allah itu adalah benar..=)


Di samping itu, bersedekah juga dpt membersihkan (menyucikan) kolam jiwa kita (qalbu)..apabila jiwa sudah bersih, insyaAllah segala kekotoran dalam jiwa (qalbu) akan mengalir keluar dan digantikan dengan perkara yg baik dan hebat dalam jiwa.

Pastinya jiwa (qalbu) yg suci & bersih mudah menarik hidayah Allah s.wt dan mendorong amar makruf nahi mungkar..=)


Dan di dalam Al-Quran juga Allah telah menjanjikan balasan yg sgt hebat utk org yg membelanjakan hartaNya ke jalan yg Allah redhai

"Bandingan org membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama spt biji benih yg tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya

(Surah Al-Baqarah; ayat 261)

Jadi jika anda benar-benar berhajat untuk menjemput rezeki dan kebaikan yg Allah janjikan tersebut, mulakan utk amalkan tabiat bersedekah secara harian.

Bersedekah ikut kemampuan dan keikhlasan kita. Jika nampak anak2 yg menjual tisu di stesyen mintak hulurlah sedikit kpd anak tersebut. Jika nampak ada tabung bencana di hadapan kita masukan sedikit..jika ke masjid utk bersolat, ringan2kan tangan masukan sedikit sumbangan dalam tabung masjid..jika minum bersama rakan2 belanja mereka dgn niat bersedekah..jika ada kucing di warung yg menggesel badannya meminta makanan, hulurkan makanan kepada kucing tersebut.

InsyaAllah anda akan lihat kesannya dalam hidup dan diri anda selepas amalkan tabiat bersedekah tersebut.


Akhir kata, ingatlah kata-kata pujangga yg selalu kita dengar namun jarang kita hayati..

" yg penting dalam hidup kita ini, berapa banyak manfaat kita boleh memberi kpd org lain, bukan berapa byk balasan yg kita harapkan @ terima dari org lain"

Namun jgn lupa..=)

"The More U Give, the More U Get"

Ok, sekian utk perkongsian kali ini.
InsyaAllah akan sambung sedikit lagi berkaitan kehebatan sedekah ini dalam entri seterusnya.

Wassalam..
 
Blogger Templates