Social Icons

Pages

Saturday 18 April 2015

Hebatnya Sedekah

Assalamualaikum..

Alhamdulilah diberi peluang dan ruang utk berkongsi dlm entri kali ini.

Baiklah, tajuk yg ingin dikupas dlm entri kali ini adakah kehebatan bersedekah dalam perspektif hidup kita.


Iya, ramai yg dah tahu @ pernah terbaca tntg fadhilat bersedekah ini tapi berapa antara kita yg benar2 faham tntg kehebatan bersedekah dan kesannya dlm perspektif hidup kita.

Jika sblm ini, saya pun tak benar2 faham apa mksud dan kesan sedekah ini. Alhamdulilah, Allah telah memberi sedikit ilmu dan hidayah-Nya berkaitan sedekah ini.


Baiklah, mostly antara kita (termasuk saya) kdg2 berfikir 2-3 kali utk bersedekah..especially dlm tabung2 masjid @ mane2 pihak yg memerlukan. Kalo bagi pun myb yg kaler biru @ hijau shj. Merah pun kdg2 shj ikut keadaan..=)

Mindset kita selama ini
" kalau sedekah @ bagi sbhgn duit (rezeki) kita kt org lain, maka duit (rezeki) kita semakin berkurangan"

Namun, setelah memahami fadhilat dan kesan sedekah itu sendiri..ternyata kita perlu menukar perspektif mindset dan kehidupan kita.

Baiklah, yg pertama sekali apabila kita bersedekah manfaatnya sebenarnya adalah untuk dri kita sendiri..ingat tu, utk org yg memberi..!!

Dan pasti juga memberi manfaatnya utk org yg menerima.

Ini selari dgn ayat di dalam Al-quran

"Jika kamu berbuat baik, sebenarnya kamu sedang berbuat baik terhadap diri kamu sendiri dan jika kami berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri juga"

(Surah Al-Isra; ayat 7)

Sedekah itu sebenarnya adalah 'pelaburan'..bukan kerugian..
Kerana di dalam Al-quran Allah dah menjanjikan kebaikan so pastinya janji Allah itu adalah benar..=)


Di samping itu, bersedekah juga dpt membersihkan (menyucikan) kolam jiwa kita (qalbu)..apabila jiwa sudah bersih, insyaAllah segala kekotoran dalam jiwa (qalbu) akan mengalir keluar dan digantikan dengan perkara yg baik dan hebat dalam jiwa.

Pastinya jiwa (qalbu) yg suci & bersih mudah menarik hidayah Allah s.wt dan mendorong amar makruf nahi mungkar..=)


Dan di dalam Al-Quran juga Allah telah menjanjikan balasan yg sgt hebat utk org yg membelanjakan hartaNya ke jalan yg Allah redhai

"Bandingan org membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama spt biji benih yg tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya

(Surah Al-Baqarah; ayat 261)

Jadi jika anda benar-benar berhajat untuk menjemput rezeki dan kebaikan yg Allah janjikan tersebut, mulakan utk amalkan tabiat bersedekah secara harian.

Bersedekah ikut kemampuan dan keikhlasan kita. Jika nampak anak2 yg menjual tisu di stesyen mintak hulurlah sedikit kpd anak tersebut. Jika nampak ada tabung bencana di hadapan kita masukan sedikit..jika ke masjid utk bersolat, ringan2kan tangan masukan sedikit sumbangan dalam tabung masjid..jika minum bersama rakan2 belanja mereka dgn niat bersedekah..jika ada kucing di warung yg menggesel badannya meminta makanan, hulurkan makanan kepada kucing tersebut.

InsyaAllah anda akan lihat kesannya dalam hidup dan diri anda selepas amalkan tabiat bersedekah tersebut.


Akhir kata, ingatlah kata-kata pujangga yg selalu kita dengar namun jarang kita hayati..

" yg penting dalam hidup kita ini, berapa banyak manfaat kita boleh memberi kpd org lain, bukan berapa byk balasan yg kita harapkan @ terima dari org lain"

Namun jgn lupa..=)

"The More U Give, the More U Get"

Ok, sekian utk perkongsian kali ini.
InsyaAllah akan sambung sedikit lagi berkaitan kehebatan sedekah ini dalam entri seterusnya.

Wassalam..

Perspektif kehidupan

Assalamualaikum..

Allahuakbar..!!

Dengan izin Allah, apabila semakin diberi ilmu dalam diri kita..semakin kita sedar kebodohan kita..

Iya, benarlah kata-kata hikmah dari imam As-Syafie tersebut..

InsyaAllah..dlm blog ini saya akan cuba berkongsi dengan sahabat2 semua supaya kita merenung semula perspektif hidup kita..

Semuanya dah dijanjikan oleh Allah..dah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w melalui perantaraan al-quran dan hadis.

Cuma kita yg selalu ambil mudah dan tidak faham (dalam kata lain tidak bersungguh mencari)

InsyaAllah mudah2an diberi kekuatan dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t utk berkongsi dan menyebarkan perkara yg baik

Wassalam..
 
Blogger Templates