Social Icons

Pages

Saturday 11 July 2015

Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum..

Apa kaba kawan2 semua..harap semua sihat hendaknya..

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di ruangan saya yg tak seberapa ini. Sambil2 singgah tue jemput2 ler membaca ape yg patut ye..sambil2 tu..cer klik kt iklan nuffnang kt atas, tepi & bawah tue..haa, besor pahalanya kalo niat sedekah kt org lain bulan2 puasa nie..^_^

Ok, hari ini rasenya ingin berkongsi sedikit ilmu yg dikutip dalam seminar Hidup Luar Biasa, Dr Azizan Osman pd bulan Mei 2015 yg lepas. Bak kata Dr, hidup ini kena bermanfaat kpd org lain dan sampaikan manfaat sebanyak mane yg kita mampu..so, ape salahnya saya share sedikit tips & ilmu utk info kawan2 semua.



Ok, nota kt atas tue adalah point yg saya nak sharekn dgn kawan2 hari ni. Kita start dengan yg paling bawah dulu bawa ke atas..ok bole eh?

So, kt bawah sekali kita start dengan:

SUASANA / HASIL / OUTCOME:

--> Suasana atau hasil tersebut menggambarkan siapa diri kita hari ini. So, pls check diri masing2..mungkin hari ini kita adalah seorang engineer yg berjaya, seorang peniaga online, usahawan, seorang student, suri rumah, mempunyai kereta yg hebat, mempunyai rumah banglo dll lagi..so, semua itu menggambarkan suasana @ hasil diri kita pada hari ini..

TINDAKAN / KEPUTUSAN:

--> Baik,  jika kita dah check suasana @ hasil diri kita hari ini.....semuanya berpunca daripada tindakan & keputusan yg telah kita buat sebelum2 ini.

Maksud Dr Azizan, jika kita bekerja makan gaji hari ini, pastinya sebab dulu kita yg membuat keputusan & tindakan utk memohon kerja, menghantar resume, pergi inteview dan akhirnya diterima bekerja.

Cth yg lain spt kita memiliki sebuah kereta Myvi..pastinya kita sendiri yg membuat tindakan & keputusan utk membeli kereta jenis Myvi, dan kita yg apply loan bank utk kereta tersebut.

So, SUASANA / HASIL / OUTCOME kita hari ini berpunca daripada KEPUTUSAN & TINDAKAN kita sebelum ini

Kita tak perlu salahkan ibu bapa, jiran2, kawan2, kerajaan dan sesiapa sahaja atas diri kita..sebab kita yg bertangungjawab..^_^ (mcm serius lah plak bunyinya)

Orait, kita pergi ke next point..


KEINGINAN (DESIRE)

Tindakan  & keputusan tadi dipengaruhi oleh --> EMOSI atau lebih mudah kita fahami sebagai KEINGINAN (DESIRE).

Baik, ambil cth pasal kereta Myvi tadi..dari awal lagi anda telah mempunyai keinginan (desire) utk memiliki kereta Myvi tersebut, so anda membuat keputusan & tindakan  utk apply loan bank dan membeli kereta tersebut..*_*

Bagitu juga dgn pekerjaan, setiap kita mempunyai cita-cita dan impian tersendiri, so keinginan (desire) dalam diri tersebut akan mendorong keputusan & tindakan anda utk mendapatkan pekerjaan itu.

Sama juga spt usahawan2 yg ingin memulakan perniagaan, keinginan (desire) yg kuat mendorong mereka utk membuat keputusan & tindakan yg berani untuk berniaga.

Orait, kita pergi ke last point..alhamdulilah..

MINDA

Keinginan (desire) tadi sebenarnya berpunca daripada MINDA kita. Ini merupakan sebenarnya kunci kepada siapa diri kita hari ini.

Menurut Dr Azizan, minda kita ini ibarat sebuah powerfull software dan kita boleh programkan mengikut apa yg kita inginkan.

Dats y kita kena selalu masukan segala yg positif dan mahmudah dalam hati & minda kita. Barulah nanti hasilnya juga akan menjadi baik..insyaAllah

Jika kita set MINDA kita utk menjadi seorang usahawan berjaya dlm 10 tahun lagi, insyaAllah keinginan (desire), keputusan dan tindakan kita bermula dari sekarang akan membawa hasil ke arah itu.

Begitu juga jika kita telah set minda utk bekerja sehingga umur persaraan, keinginan (desire), keputusan, tindakan, dan hasil yg berlaku juga akan mengikuti apa telah diprogramkan oleh minda kita.

Ingat semula, kita yg bertangungjawab atas diri kita sendiri..

Dan, akhir sekali bagi memacu minda kita utk menuju ke arah kejayaan dan luar biasa, itulah pentingnya ilmu @ konwledge @ information..!! sebelum memulakan sesuatu pastikan kena ada persiapan & ilmu. 

Jika ingin berniaga, pastikan anda telah ada maklumat secukupnya berkaitan perniagaan tersebut, siapa mentor yg ingin diikuti, kelas apa yg perlu dihadiri untuk perniagaan tersebut, siapa rakan networking yg boleh kita percayai dan lain-lain lagi..^_^

Akhir kata, jika ingin menjadi hidup luar biasa..teruskan mencari dan mencari..!! Jatuh dan naik itu lumrah kehidupan..namun pengalaman yg dirasai sepanjang jatuh dan bangun itu yg mahal harganya..dan ketika anda bangkit kembali dan berjaya..itulah selayaknya dipanggil HIDUP LUAR BIASA

Dan jgn lupa carilah bersama keredhaan Allah s.w.t dalam kehidupan ini,  dan semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia & akhirat..insyaAllah.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates