Social Icons

Pages

Thursday 18 June 2015

Merokok difatwakan haram? Jom berhenti merokok!

Assalamualaikum..

Haa..pastinya perkara ini kurang enak didengari oleh kaum adam...dan rasanya kaum hawa pun ada juga yg terlibat.

Namun, apakan daya..itulah kenyataan dan sgt pahit utk ditelan..

Dan sebagai sesama muslim, antara tugas kita adalah utk saling mengingati antara satu sama lain.

"Berpesan-pesan di dalam kebenaran dan kesabaran"
Surah Al-Asr (ayat3)

Mengapa saya memilih tajuk di atas..?!

Rasanya sebab kita mengambil mudah hukum tersebut. Tujuannya bukan utk menuding ke mana-mana tp kita cuba mewujudkan kesedaran yg tinggi dlm diri n bersama-bersama berusaha mengatasinya.

Insyallah.

Erm..perkara ini sudah lama sebenarnya dibincang dan diulas.
Tapi biasalah..bukan mudah utk melepaskan sesuatu yg sudah menjadi pendamping siang dan malam bg sesetengah kita.

Oklah, jika diikutkan di Malaysia sebenarnya perkara tersebut telah difatwakan pada 23 Mac 1995.


Nampaknya dan lama perkara ini dibangkitkan. Mungkin penguatkuasaan aje belum dijalankan secara menyeluruh. Bukan di Malaysia sahaja, kebanyakan negara islam spt Mekah, Madinah, Arab Saudi juga jumhur ulama' telah memberikan fatwa yg sama.

1. Kemudaratan

Oklah, kita pergi kepada point yg pertama. Rasanya kita semua dah tahu akan kemudaratan dalam rokok dan akibat tabiat merokok itu sendiri. Didalam rokok itu telah disahkan mengandungi hampir 4000 jenis bahan kimia yg beracun. Jadi, sebenarnya kita sedang meracuni diri dan orang tersayang sekeliling kita hampir setiap hari melalui asap yg dihisap sendiri oleh perokok (aktif) dan juga asap dari pembakaran rokok dan yg dihembus ke udara (pasif). Dan yg pasif ini lagi bahaya kerana 70% asap akan dihidu oleh mereka, hanya 30% yg dihisap oleh perokok. Bahaya tue..sempat ke nk tgk cucu-cucu kita nanti..allahualam.

Ulama' apabila mengeluarkan fatwa akan merujuk kepada pakar yg di dalam bidangnya. Bg kes rokok ini, doktor dan pakar kesihatan telah sepakat akan penyakit dan mudharat  yg di boleh didapati kesan tabiat merokok ini.

Jadi renung-renungkanlah bersama.

2. Pembaziran

Erm..dan point kedua ini juga bersangkut paut dgn yg pertama. Apa kata kita pergi kedai hardware pastu beli racun serangga dan balik rumah..gulp..gulp..gulp! burppp..alhamdulilah.

Kes naya tue..beli sesuatu utk meracuni diri sendiri.

Lagi satu, jika sahabat ada membuat monthly financial planning..pasti akan jumpa perkara ini.
Every month jika kita anggap..

1 kotak (RM10) utk 2 hari;
1 bulan (30 hari) = 2 x 15 x 10 = RM150 permonth
Setahun = plus minus RM2k..

Jadi dalam 5 tahun, dah boleh saving dlm 10k..huhuhu..bole caya ke saving atau belanja kt tempat lain.
Itu terpulang kpd masing-masing, tapi utk long term sebenarnya dah byk kita bazirkan utk perkara tersebut.
Nauzubillah..peringatan utk diri sendiri sekali lagi.

3. Surah Al-Baqarah ayat 195

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t ada berfirman iaitu "jgnlah kita sengaja mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan".

Walaupun kita bukanlah mahir atau ahli dlm tafsir al-quran..mungkin sahabat-sahabat disana jauh lebih hebat.
Tetapi melalui beberapa rujukan, maksudnya jelas iaitu jgnlah kita membuat sesuatu yg sengaja merosakkan diri sendiri.

Jadi, sendiri mau ingat sebab perkara tersebut ada disebut didalam al-quran (kalamullah)..

4. Menjaga Zuriat

Utk lebih faham, boleh tonton video dari Ust Don Daniyal:

https://www.youtube.com/watch?v=9Jyygfa6lPI

Harap boleh hayati..memang gerun juga bila mendengarnya..sebab menjaga nasab dan keturunan itu ketuntutan dlm Islam. Moga diberikan kekuatan dan petunjuk kepada kita.

5. Bau - Menggangu Orang Lain

Diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah. Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa yg makan bawang putih atau merah, seharusnya menjauhi masjid".

Erm..apa hikmah disebalik sabda Rasulullah s.a.w tersebut.

Rasulullah tidak melarang utk makan bawang, tetapi keywordnya adalah bau bawang itu akan menggangu jamaah yg lain ketika bersolat.

Jika konteks bau yg menggangu ini kita bawa ke dalam dunia sebenar..bau rokok itu pasti lagi hebat dari bau bawang. Dan perokok ini ada dimana-mana iaitu di restoran, cafe, tempat tunggu bas dll..jadi jika bau tersebut menggangu orang-orang disekeliling kita..maknanya? Cuba kita relatekan dengan hikmah sabda Rasululah tadi..

Ok, rasanya itu sahaja perkongsian buat kali ini. Pastinya ada banyak sebab lagi mengapa rokok itu difatwakan haram. Salah satunya ia adalah senjata halus Yahudi utk merosakkan kita umat Islam.

Bagi yg dah terjebak itu, pasangkan niat utk berhenti..dan kita mulakan utk berusaha bersungguh-sungguh.
Yg penting kesedaran di dalam diri itu sudah ada kita cuba semaikan pada org lain.

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya spt dia mengasihi dirinya.
Spt mana kita ingin yg terbaik utk diri kita..itulah harapnya utk sahabat-sahabat yg lain juga.

Sekian, wassalam..

1 comment:

 
Blogger Templates